Menurut Za’ba (1965), penulisan adalah
pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau
merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat
difahamkan oleh orang lain apabila didengar atau dibaca.
Menurut Woolston, Robinson &
Kutzbach (1988) pula menyatakan penulisan dapat ditakrifkan sebagai proses
untuk mereka bentuk sesuatu dokumen yang menepati sesuatu kehendak, dan
menentukan bahawa penulisan tersebut menepati sesuatu fungsi yang dihasratkan
oleh penulis.
Manakala menurut Awang Sariyan (1991),
beliau telah mendefinisikan penulisan sebagai
pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang
melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau
pemikiran.
Horton (1993) ada menyatakan penulisan
ialah bagaimana akal berfikir. Penulisan, iaitu mencatatkan perkara-perkara di
atas kertas yang mana membolehkan kita berpegang pada satu idea sementara kita
terus meneroka beberapa idea yang diruntuti oleh suara kecil di sebalik
pemikiran kita yang mungkin bersangkutan dengannya.
Seterusnya, menurut Ahmad (2002) telah
menyatakan penulisan merupakan aktiviti yang tidak mudah malah kompleks
penulisan ialah satu proses yang melibatkan menganalisis cetusan fikiran,
penyusunan fakta dan penghuraiannya kepada bentuk wacana yang logikal.
Berdasarkan definisi-definisi ini,
dapat disimpulkan bahawa penulisan merupakan satu aktiviti yang melibatkan
pemikiran dan perasaan. Kedua, ia adalah satu proses berterusan dalam usaha
menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis. Akhir sekali, penulisan adalah satu
hasil (produk) yang dibaca dan difahamkan yang mungkin juga melibatkan tindak
balas tertentu.
assalamualaikum,boleh saya bertanya,apakah tajuk buku yang digunakan oleh puan untuk mencari maklumat ini
ReplyDelete