Cinta adalah fitrah bagi setiap manusia, setiap
dari kita diciptakan Allah perasaan ingin mencintai dan dicintai. Tidak ada sesiapa
pun yang terlepas dari perasaan ini. Cuma cara kita menzahirkannya mungkin
berbeza bagi setiap individu.
Pertama, cinta yang paling agung adalah cinta
kepada Pencipta iaitu Allah Yang Maha Esa. Cinta ini adalah cinta yang harus
kita utamakan dari cinta yang lain. Hal ini demikian kerana hanya dengan
mencintai Dia, hidup kita akan mendapat ketenangan, hanya padaNya tempat kita
mengharap dan memohon pertolongan. Alangkah bertuahnya jika kita mendapat cinta
Allah.
Kedua, cinta kepada ibu bapa. Setiap orang yang
bergelar anak pasti ada rasa kasih sayang dan cinta kepada ibu bapa mereka.
Percayalah walau seburuk mana dan seteruk mana pun mereka, hal ini takkan
pernah memutuskan hubungan antara kita dengan mereka. Mereka adalah insan yang
sepatutnya kita hormati dan kasihi sampai bila-bila.
Ketiga, cinta kepada
sahabat handai. Pada pendapat saya, jika kita berkawan dengan
seseorang itu biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah, insya Allah akan manis
ukhwah yang terjalin antara kita dengan sahabat itu serta akan meresap ke dalam
jiwa.
Akhir
sekali, cinta kepada pasangan. Pasangan yang dimaksudkan di sini adalah
pasangan suami isteri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap manusia
diciptakan berpasang-pasangan. Meluahkan cinta kepada pasangan yang halal dapat
melahirkan insan yang disayangi Allah.
No comments:
Post a Comment