Kemahiran
selain ijazah dan ilmu dalam universiti yang dapat memberi nilai tambah
dalam usaha kita mempersiapkan diri memasuki alam kerjaya.
Persediaannya
ialah saya perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini dikatakan demikian
kerana seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan
paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Sebagai
seorang pelajar, kita perlu mempunyai nilai-nilai yang signifikan ini untuk berjaya dalam kerjaya yang mencabar dan
berisiko pada masa hadapan.
Inovatif
adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan
perkhidmatan yang lebih baik. Hal ini bermakna, setiap organisasi sama ada
berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif
bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga digunakan untuk menghasilkan
sesuatu yang baru di pasaran yang akan mengubah persamaan antara permintaan dan
pengeluaran.
Kesimpulannya,
persediaan inilah yang wajar saya lakukan
sebagai prasyarat untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan saya nanti. Oleh itu,
saya perlulah menitikberatkan kemajuan diri saya dalam semua aspek sama ada
dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
Sumber:
anelyza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment