Friday, 19 July 2013
New life New environment
Hari ke-5 di Maintenance Office, Group Property Management, Emkay Group, Menara Mustapha Kamal
Tuesday, 4 June 2013
UUM DI HATIKU
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti yang
keenam ditubuhkan di Malaysia.
Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di
bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. UUM merupakan sebuah
universiti awam di bandar Sintok, Kedah Utara bermaksud “utara” dalam bahasa
Melayu. Universiti telah ditubuhkan dengan misi khusus memberikan peranan
kepimpinan bagi pengurusan pendidikan di negara ini. Oleh itu, Universiti juga
dikenali sebagai sebuah universiti pengurusan. Pertubuhan akademik di UUM
termasuk Kolej Perniagaan (UUM COB), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS) dan Kolej Sastera dan Sains (UUM CAS). UUM
adalah universiti pertama di negara ini untuk menjadi percuma sepenuhnya menggunakan
kabel gentian optik. Universiti mempunyai 29 makmal komputer di
bangunan-bangunan akademik dan pentadbiran di kampus, menyediakan pelajar
dengan pusat akses untuk e-perkhidmatan. Cogan kata UUM
ialah “Ilmu, Budi, Bakti” telah menjadi amalan setiap pelajar.
Ilmu
dalam Bahasa Inggeris bermaksud “knowledge”. Menurut Mohammad Hatta, ilmu
adalah pengetahuan yang teratur tentang pekerjaan hukum sebab dan akibat dalam
suatu golongan masalah yang sama sifatnya, baik menurut kedudukannya mahupun
menurut hubungannya. Konsep ilmu sudah banyak digagas oleh para ilmuan, baik
ilmuan yang hidup pada zaman dahulu mahupun ilmuan yang hidup pada zaman
sekarang. Konsep ilmu menurut para ahli iaitu Mulyadhi Kaltanegara (2000) telah
menyatakan konsep ilmu dalam Islam meliputi yang ghaib (metafisik) dan nyata
(fisik) yang diperolehi melalui minda, akal, dan intuisi. Menurut Plato pula, konsep
ilmu yang digagas iaitu konsep idea
sebagai realiti sejati. Adapun pengalaman dan penelitian merupakan ingatan dari
dunia idea. Manakala, Al-quran pula menyatakan sesungguhnya dalam penciptaan
langit dan bumi, dan silih bergantinya siang dan malam, terdapat tanda-tanda
bagi orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri
atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan
langit dan bumi. (Al-Quran. Surah Al-Imran [3]:190-191). Terdapat beberapa ciri-ciri
ilmu. Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri
manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia
yang lain seperti pengetahuan, pengalaman, dan juga perasaan. Tetapi pada masa
yang sama, ilmu adalah berbeza dengan perkara-perkara ini dan ciri-cirinya
adalah seperti ilmu boleh dipertuturkan, ilmu mempunyai nilai kebenaran, ilmu
adalah objektif, dan ilmu diperolehi melalui kajian. Pertama, ilmu boleh dipertuturkan, ciri ini membezakan ilmu
dengan perasaan dan pengalaman. Contohnya, sesetengah “pengalaman diri” seperti
mimpi adalah sukar dipertuturkan melalui bahasa. Tetapi bagi ilmu, ia haruslah
sesuatu yang dapat dipertuturkan melalui bahasa. Kedua, ilmu mempunyai nilai
kebenaran, sesuatu yang digelar sebagai ilmu biasanya dianggap benar. Ciri ini
membezakan pengucapan ilmu dengan pengucapan sastera yang biasanya mengandungi
unsur-unsur tahayul. Ketiga, ilmu adalah objektif iaitu ciri ini bermaksud
bahawa ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat diubah menurut keinginan ataupun
kesukaan seseorang individu. Keempat, ilmu diperolehi melalui kajian. Ilmu
adalah hasil daripada kajian. Ia bukanlah sesuatu rekaan. Ilmu mengenai cara
memperoleh ilmu itu dikenali sebagai perkaedahan penyelidikan ilmiah. Kelima,
ilmu sentiasa berkembang. Ilmu adalah sentiasa berada dalam proses pertambahan,
pemantapan dan penyempurnaan.
Kemudian,
penjelasan mengenai Budi. Enam bulatan bujur berwarna kuning di tengah perisai
ialah lambang padi masak yang membawa erti budi atau kebudimanan. Hal ini juga
merupakan sebagai panduan akal dan perasaan untuk menimbang baik dan buruk pendidikan
untuk memperkembang akal fikiran manusia. Selain itu, perkataan budi menurut
Teuku Iskandar dalam Kamus Dewan dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang baik,
sifat yang baik, watak yang baik, perangai yang baik, kebajikan, akal,
kebijaksanaan, dan akhlak yang terpuji. Pendek kata, budi merupakan pekerti
yang baik atau akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji itu termasuklah
keikhlasan, kejujuran, kebenaran, pemurah, belas kasihan, bertimbang rasa,
tolong- menolong, bersopan santun, berbudi bahasa, berjasa dan berbakti. Hal
ini tersirat di dalam firman Allah S.W.T di dalam surah (al Ahqah: 46: 16).
Berbudi dan budiman membawa erti sebagai orang yang mempunyai budi bahasa, adab
sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, berdedikasi dalam menuntut ilmu,
mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, berkreativiti, berinovasi, matang,
bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan, waras sepanjang masa dan paling
penting adalah banyak menabur jasa dan bakti. Orang yang budiman ini biasanya
disegani oleh masyarakat kerana ramai yang terhutang budi kepadanya dan banyak
pula yang akan berterima kasih kerana kebudimanannya. Sifat budiman hanya ada
pada manusia dan tidak pada makhluk lain seperti haiwan. Hal ini disebabkan
ciri utama sifat budiman ialah akal yang waras dan matang yang disokong kuat
oleh hati nurani atau rohaninya. Dari segi biologi, manusia dan haiwan itu sama
sahaja dari segi memerlukan makanan, minuman, tidur dan membiak. Tetapi dari
segi rohaninya atau budinya, manusia dan haiwan itu berbeza sama sekali. Manusia
ada akal dan hati nurani atau hati budi. Sedangkan haiwan hanya ada otak dan
“instinct” atau ghazirah atau keinginan semula jadi untuk makan dan sebagainya.
Dengan adanya hati budi, maka manusia boleh meningkatkan sifat budiman melalui
ilmu pengetahuan, pengalamannya dalam bentuk penderitaan, kegagalan,
kekecewaan, kesilapan, kesalahan, suka, duka, kejayaan, kegembiraan, dan
sebagainya dari semasa ke semasa sedangkan haiwan tidak mungkin melakukan semua
ini. Manusia yang budiman ialah manusia yang berusaha dan mengutamakan sifat
budiman. Itulah matlamat akhir daripada tujuan hidupnya. Semakin hampir manusia
kepada matlamat akhir itu, maka semakin jauhlah ia dari sifat haiwan dan
sebaliknya. Jika kebudimanan itu kian luntur daripada peribadi seseorang, ini
bererti semakin hampir kepada sifat kehaiwanan. Walaupun manusia tidak mungkin
menjadi haiwan tetapi sifat-sifat kehaiwanan itu menjadi sifat manusia
tersebut. Mereka yang mempunyai sifat kebudimanan yang tinggi mudah dikenal
pasti. Mereka sanggup dan merelakan pelbagai pengorbanan. Harta mereka disedekahkan
kepada jalan kebajikan. Mereka rela mempertaruhkan nyawa untuk menegakkan
kalimah Allah S.W.T. Juga mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan
musuh. Sekurang-kurangnya mereka merelakan pemergian dan perpisahan suami, anak
atau orang yang tersayang yang pergi menabur jasa dan bakti di seluruh pelusuk
dunia demi keamanan dan kesejahteraan global. Sebaliknya mereka yang luntur
sifat kebudimanannya tidak berasa apa-apa jika melihat peminta sedekah yang
kelaparan di tengah jalan atau di tangga rumahnya. Malahan ia sanggup pula
melakukan penganiayaan kerana hatinya tidak dipenuhi dengan sifat kebudimanan.
Sebaliknya dipenuhi dengan nafsu kehaiwanan. Sehubungan itu, Rasulullah S.A.W
bersabda, terjemahannya: “Sebaik-baik rumah antara rumah kaum Muslimin ialah
rumah di mana ada anak yatim yang diperlakukan dengan baik. Dan sehina-hina
rumah antara rumah kaum Muslimin ialah rumah di mana anak yatim diperlakukan
dengan tidak baik. Aku dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga
adalah seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan dua jarinya (maksud dekat
sekali)”. Sesungguhnya budi, budiman, berbudi dan kebudimanan merupakan sifat
yang hanya dimiliki oleh manusia sehingga menjadikannya sebagai makhluk yang
paling mulia dan khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Antara ciri
utamanya ialah ikhlas, jujur, benar, merendah diri, pemurah, suka menolong,
berjasa, berbakti hingga kepada berbudi bahasa dan bersopan santun.
Seterusnya
adalah Bakti. Ketiga-tiga baris di
bahagian atas perisai melambangkan usaha bersama dan berseorangan untuk
berbakti kepada agama, bangsa, masyarakat, dan negara. Tunduk dan hormat adalah
perbuatan yang menyatakan setia. Walau bagaimanapun, bakti dari perspektif Islam
terdiri daripada unsur-unsur seperti Ibadat. Ibadat dalam erti kata yang paling
ringkas merupakan tindakan yang melambangkan perasaan merendah diri, patuh dan
menyembah Allah S.W.T dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan keikhlasan. Ia
terbahagi kepada dua. Pertama, ibadat khusus yang terdiri daripada rukun iman
yang enam, rukun Islam dan sebagainya. Kedua, ibadat umum iaitu yang meliputi
segala aspek kehidupan manusia seperti sahsiah, keluarga, kejiranan,
masyarakat, negara, pengurusan, ekonomi, kebudayaan, kesenian, pendidikan dan
sebagainya. Ibadat sebagai bakti merupakan tugas, tanggungjawab dan matlamat
utama mengapa manusia berada di atas muka bumi ini. Amanah ini diabadikan oleh
Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya: “Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat kepadaKu. Aku tidak berkehendak daripada mereka
sebarang rezeki dan Aku tidak berkehendak mereka memberi makan kepadaKu.
Sesungguhnya Allah berhak memberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang teguh”
(Surah az Zariyat: 51:56-58). Unsur bakti yang selanjutnya ialah amal jariah.
Ia merupakan sedekah harta kekal, ilmu yang sentiasa memberi manfaat (penulisan
karya dan anak yang salih). Ganjaran pahala daripada Allah S.W.T terus diterima
oleh orang yang berbakti walaupun setelah ia telah kembali ke rahmatullah. Hal
ini disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sepotong Hadis terjemahannya: “Apabila
anak Adam meninggal dunia, maka terbuktilah segala amal baiknya kecuali dari
tiga macam amal iaitu harta yang diwakafkan (sedekah jariah), ilmu yang selalu
dimanfaatkan kepada orang lain dan anak yang salih yang selalu mendoakan
keselamatan orang tuanya”. Seterusnya, taat dan setia. Orang yang berbakti
dijelaskan oleh Allah S.W.T sebagai orang yang taat dan setia. Yang paling
utama ialah ketaatan dan kesetiaan kepada Allah S.W.T selepas itu kepada
Rasulullah S.A.W. Akhirnya kepada pihak pemerintah yang adil menguruskan urusan
kehidupan seseorang. Unsur ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat,
terjemahannya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada orang yang berkuasa dalam
kalangan kamu” (Surah an Nisaa’:4:59). Selain itu, hormat-menghormati merupakan
satu unsur dalam bakti. Penghormatan yang tinggi seharusnya diberikan oleh anak
kepada kedua-dua ibu bapanya. Yang lebih muda sewajarnya menghormati mereka
yang lebih tua. Jiran menghormati para jirannya. Sahabat menghormati sahabatnya
dan begitulah seterusnya. Murid menghormati para gurunya dan begitulah
seterusnya. Natijahnya tidak lain dan tidak bukan melainkan meningkatnya
persaudaraan sesama umat Islam dan perpaduan sesama manusia dari pelbagai
agama, keturunan, bangsa, warna kulit, bahasa, adat resam, kebudayaan dan
sebagainya. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T dalam (Surah al
Hujarat:49:13). Unsur bakti yang selanjutnya ialah berkasih-sayang sesama
manusia. Ia menjadi unsur penting dalam bakti kerana dengan sifat ini
menyebabkan seseorang itu tidak sayang atau ralat untuk menabur budi dan bakti
kepada golongan yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sifat ini amat
digalakkan oleh Allah S.W.T sepertimana yang difirmankan dalam ayat
terjemahannya: “Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu
itu (tidak menyempurnakannya). Dan kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah
dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat) nescaya
menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi” (Surah al Baqarah:2:64). Bakti
akhirnya diperkukuhkan dan disempurnakan oleh sifat suka berbuat kebaikan.
Sebab itulah Allah S.W.T mewajibkan agar umat Islam sentiasa berlumba-lumba
untuk melakukan kebaikan. Kewajipannya terkandung dalam firmannya iaitu “Dan
bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing tuju. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan” (Surah al Baqarah: 2: 148).
Sesungguhnya bakti itu terdiri daripada enam unsur iaitu ibadat, amal jariah,
kesetiaan, hormat menghormati, kasih-mengasihi dan berusaha melakukan kebaikan.
Universiti
memiliki tiga warna dalam logonya. Antaranya biru, kuning, dan putih. Warna
biru melambangkan perpaduan bangsa yang menuntut di UUM. Warna kuning melambangkan
semangat dalam membuat setiap perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat.
Warna putih melambangkan kesucian dalam membentuk sesuatu organisasi. Logo
Universiti adalah berbentuk sebuah perisai seakan-akan mata pena. Di dalam
perisai itu terdapat garis-garis lengkung dan tegak. Di tengah-tengahnya
terdapat enam biji padi masak. Warna tanah perisai itu ialah biru tua. Warna
garis lengkung dan garis tengah ialah putih. Jika pada bendera, tanah di luar
logo adalah berwarna biru muda. Terdapat beberapa tafsiran bagi logo
Universiti. Pertama, bentuk perisai seakan-akan mata pena melambangkan bahawa
Universiti Utara Malaysia ialah sebuah institusi pendidikan dan keilmuan. Mata
pena juga melambangkan aspek keilmuan yang proaktif. Universiti tidak sekadar
menyebarkan ilmu menerusi pengajaran tetapi juga mengembangkan ilmu menerusi
penyelidikan dan penulisan. Kedua, garisan-garisan putih itu melambangkan nama
Universiti. Garisan lengkung di bawah sekali ialah U (Universiti). Garisan
lengkung di atasnya ialah satu lagi U (Utara). Garisan tegak di tengah-tengah,
di bahagian atas dan dua garisan lengkung di kiri kanannya ialah M (Malaysia).
Oleh itu, garisan-garisan dalam logo ini melambangkan singkatan nama Universiti
Utara Malaysia iaitu UUM. Ketiga, terdapat pula erti lapisan kedua yang
terkandung dalam logo Universiti Utara Malaysia. Kedua-dua garisan melengkung
di bahagian bawah perisai melambangkan lembaran kertas yang membawa erti
keilmuan. Enam bulatan bujur berwarna kuning di tengah perisai ialah lambang
padi masak yang membawa erti budi seperti yang digambarkan oleh pepatah Melayu;
“Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk” (semakin berilmu semakin
merendah diri). Enam butir padi juga melambangkan bahawa Universiti yang keenam
ini terletak di negeri Kedah, “Jelapang Padi Malaysia”. Ketiga-tiga garisan di
bahagian atas perisai melambangkan usaha bersama ataupun berseorangan untuk
berbakti kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.
Kesimpulannya,
Universiti Utara Malaysia mendedikasikan dirinya kepada matlamat melahirkan
lulusan yang mempunyai kebolehan dan kepimpinan tinggi dalam perancangan dan
pengurusan sumber manusia dan sumber alam secara saintifik dan kreatif demi
kesejahteraan bangsa, kesentosaan negara serta kedamaian dunia seluruhnya. Azam
Universiti ialah membina kecemerlangan prestasi dalam pengajaran, penyelidikan,
penerbitan dan perkhidmatan masyarakat, khususnya dalam usaha mengembleng
sumber manusia dan sumber alam secara lebih berkesan. Adalah azam Universiti
untuk membina sahsiah bakal lulusannya supaya seimbang antara keilmuan,
kebudimanan dan segala sifat kemanusiaan dengan nilai-nilai luhur dan murni. Ke
arah itu, Universiti akan membudayakan dirinya, sekalian pelajar dan
kakitangannya sejajar dengan motonya: ILMU, BUDI, BAKTI.
(2035
patah perkataan)
Rujukan
Universiti
Utara Malaysia. (2009). Pelan Strategik
UUM 2009-2010: UUM, Sintok.
Universiti
Utara Malaysia, & Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa (2013). Universiti Utara Malaysia. Petikan daripada
http://ms.wikipedia.
org/wiki/ Universiti_ Utara_Malaysia.
Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. (2011). Universiti Utara Malaysia.
Petikan daripada www.malaysiamerdeka.gov.my.
Pusat
Islam Universiti Utara Malaysia. (2001). Ilmu,
Budi, Bakti: UUM, Sintok.
Abu
Seman Awang PJK, Noor Azman Yusof, & Redzuan Ishak. (1999). Meniti Suasana
di Lembah Sintok. Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti
Utara Malaysia: UUM Sintok.
Fawzi
Basri, & etl. (1994). Lembah Sintok
Mengorak Langkah. Universiti Utara Malaysia: UUM 1 Dekad.
Monday, 27 May 2013
MAKNA DI SEBALIK LIRIK LAGU "YANG TERINDAH"
Tajuk Lirik Lagu:
Yang Terindah (OST Adamaya)
Artis: Dakmie
Artis: Dakmie
Semenjak kau hadir
dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak
sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Hingga aku rasa indah
Lagu
Yang Terindah ini dipetik daripada drama Adamaya yang dinyanyikan oleh Dakmie.
Lagu ini menceritakan tentang luahan perasaan cinta seorang lelaki terhadap
gadis yang disayanginya sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi
mendapatkan gadis tersebut.
Lirik
lagu ini menyatakan maksud bahawa sejak gadis itu telah hadir dalam dirinya
sehingga menghilangkan perasaan resah dalam dirinya. Tanpa disedarinya, gadis
itu berjaya membuka pintu hati lelaki itu untuk bercinta.
Gadis
ini dianggap sebagai cinta. Dia juga memberi perasaan cinta itu kepada lelaki
berkenaan. Gadis itu juga turut melimpahkan perasaan bahagia kepada lelaki ini
sehingga lelaki ini berasa amat indah untuk meneruskan kehidupannya.
Lelaki
ini berasa dirinya berada dalam serba kekurangan sehingga dia memohon maaf
kepada gadis tersebut. Dia bimbang sekiranya kebahagiaan dan keyakinan baru tiba
kepada mereka tetapi gadis ini baru sedar bahawa lelaki tersebut mempunyai
kekurangan. Namun dia hanya berharap bahawa kasih sayang mereka akan kukuh
dengan sifat jujur antara satu sama lain.
Lelaki
ini meluahkan perasaannya bahawa dia amat mencintai, merindui, dan akan memiliki
gadis tersebut sehingga akhir hayatnya.
Lelaki
ini tetap menganggap gadis tersebut sebagai cinta sejatinya sehingga setiap
perkara yang dilakukannya dalam keadaan indah dan bahagia walau apa pun yang
berlaku antara mereka.
MAKNA PENULISAN BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH TERKENAL
Menurut Za’ba (1965), penulisan adalah
pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau
merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat
difahamkan oleh orang lain apabila didengar atau dibaca.
Menurut Woolston, Robinson &
Kutzbach (1988) pula menyatakan penulisan dapat ditakrifkan sebagai proses
untuk mereka bentuk sesuatu dokumen yang menepati sesuatu kehendak, dan
menentukan bahawa penulisan tersebut menepati sesuatu fungsi yang dihasratkan
oleh penulis.
Manakala menurut Awang Sariyan (1991),
beliau telah mendefinisikan penulisan sebagai
pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang
melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau
pemikiran.
Horton (1993) ada menyatakan penulisan
ialah bagaimana akal berfikir. Penulisan, iaitu mencatatkan perkara-perkara di
atas kertas yang mana membolehkan kita berpegang pada satu idea sementara kita
terus meneroka beberapa idea yang diruntuti oleh suara kecil di sebalik
pemikiran kita yang mungkin bersangkutan dengannya.
Seterusnya, menurut Ahmad (2002) telah
menyatakan penulisan merupakan aktiviti yang tidak mudah malah kompleks
penulisan ialah satu proses yang melibatkan menganalisis cetusan fikiran,
penyusunan fakta dan penghuraiannya kepada bentuk wacana yang logikal.
Berdasarkan definisi-definisi ini,
dapat disimpulkan bahawa penulisan merupakan satu aktiviti yang melibatkan
pemikiran dan perasaan. Kedua, ia adalah satu proses berterusan dalam usaha
menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis. Akhir sekali, penulisan adalah satu
hasil (produk) yang dibaca dan difahamkan yang mungkin juga melibatkan tindak
balas tertentu.
ISU NEGARA MASA KINI
Isu
yang ingin saya ulaskan pada kali ini ialah berkaitan dengan isu pendidikan. Tajuk
yang menjadi pilihan saya ialah adakah beban tugas guru yang semakin banyak
menyebabkan kualiti pendidikan semakin merosot?
Kini
memang ada kebenarannya apabila kalangan guru terlalu sibuk dengan kerja
pengkeranian sehinggakan tugas utama mengajar adakalanya terjejas. Hal ini agak
berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an apabila guru
dilihat fokus mengajar.
Oleh
itu, Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang berusaha keras
untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di Malaysia
hari ini.
Dato’
Seri berkata, kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan
diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025).
Walau
bagaimanapun, sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam
buku rekod. Namun sekarang, guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam
lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian
komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat,
E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi. Hal ini dapat menjejaskan
kualiti pengajaran guru-guru tersebut.
Keperluan
guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan
pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan
sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
APA ITU CINTA?
Cinta adalah fitrah bagi setiap manusia, setiap
dari kita diciptakan Allah perasaan ingin mencintai dan dicintai. Tidak ada sesiapa
pun yang terlepas dari perasaan ini. Cuma cara kita menzahirkannya mungkin
berbeza bagi setiap individu.
Pertama, cinta yang paling agung adalah cinta
kepada Pencipta iaitu Allah Yang Maha Esa. Cinta ini adalah cinta yang harus
kita utamakan dari cinta yang lain. Hal ini demikian kerana hanya dengan
mencintai Dia, hidup kita akan mendapat ketenangan, hanya padaNya tempat kita
mengharap dan memohon pertolongan. Alangkah bertuahnya jika kita mendapat cinta
Allah.
Kedua, cinta kepada ibu bapa. Setiap orang yang
bergelar anak pasti ada rasa kasih sayang dan cinta kepada ibu bapa mereka.
Percayalah walau seburuk mana dan seteruk mana pun mereka, hal ini takkan
pernah memutuskan hubungan antara kita dengan mereka. Mereka adalah insan yang
sepatutnya kita hormati dan kasihi sampai bila-bila.
Ketiga, cinta kepada
sahabat handai. Pada pendapat saya, jika kita berkawan dengan
seseorang itu biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah, insya Allah akan manis
ukhwah yang terjalin antara kita dengan sahabat itu serta akan meresap ke dalam
jiwa.
Akhir
sekali, cinta kepada pasangan. Pasangan yang dimaksudkan di sini adalah
pasangan suami isteri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap manusia
diciptakan berpasang-pasangan. Meluahkan cinta kepada pasangan yang halal dapat
melahirkan insan yang disayangi Allah.
KERJAYA YANG PALING SESUAI UNTUK IJAZAH YANG KITA MILIKI
Pengurusan
perniagaan merupakan Ijazah yang memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
kita kini. Ijazah ini menawarkan peluang pekerjaan yang lebih fleksibel
dan skopnya lebih luas antaranya pengurus pemasaran, pengurus jualan,usahawan,
dan sebagainya. Bertepatan dengan bidang pengajian yang saya pelajari sekarang
ini.
Hujah
pertama yang dapat meyakinkan majikan ialah kemahiran teknologi maklumat (ICT).
Kemahiran menggunakan komputer, meyusuri laman sesawang, memproses data seperti
Microsoft Word dan Office. Hal bermakna kita sudah menepati salah satu ciri
yang dicari oleh para majikan. Kemahiran ICT sangat diperlukan dalam menambah
kecekapan para pekerja serta merupakan mekanisma dalam melancarkan sistem
pentadbiran syarikat.
Hujah
kedua, kemahiran interpersonal. Kemahiran dalaman yang kita miliki seperti
komited, berwawasan, inovatif, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran
pekerjaan dan lain-lain lagi. Interpersonal yang menawan membolehkan pekerja
berfikiran secara lebih positif dalam menyelesaikan masalah dalam organisasi
tersebut.
Hujah
ketiga, kemahiran keusahawanan. Kebanyakan syarikat mahupun organisasi
melakukan transaksi perniagaan dalam setiap pelosok. Hal ini termasuklah
menjual perkhidmatan, produk, barangan dan sebagainya. Majikan suka mencari
para pekerja yang mempunyai inovasi yang tinggi sama ada dalam jangka masa
pendek atau panjang. Perkara asas sudah memadai untuk meyakinkan para
majikan terhadap matlamat kita.
Kesimpulannya,
kemahiran mecerminkan keperibadian kerana kita dapat melihat kesungguhan dalam
mencari pekerjaan, kesanggupan menguasai kemahiran, kesediaan memperbaiki
kelemahan serta keupayaan meningkaktkan prestasi ke arah lebih gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)