Pages

Monday, 27 May 2013

KERJAYA YANG PALING SESUAI UNTUK IJAZAH YANG KITA MILIKI


Pengurusan perniagaan merupakan Ijazah yang memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat kita kini. Ijazah ini menawarkan peluang pekerjaan yang lebih fleksibel dan skopnya lebih luas antaranya pengurus pemasaran, pengurus jualan,usahawan, dan sebagainya. Bertepatan dengan bidang pengajian yang saya pelajari sekarang ini.
Hujah pertama yang dapat meyakinkan majikan ialah kemahiran teknologi maklumat (ICT). Kemahiran menggunakan komputer, meyusuri laman sesawang, memproses data seperti Microsoft Word dan Office. Hal bermakna kita sudah menepati salah satu ciri yang dicari oleh para majikan. Kemahiran ICT sangat diperlukan dalam menambah kecekapan para pekerja serta merupakan mekanisma dalam melancarkan sistem pentadbiran syarikat.
Hujah kedua, kemahiran interpersonal. Kemahiran dalaman yang kita miliki seperti komited, berwawasan, inovatif, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan lain-lain lagi. Interpersonal yang menawan membolehkan pekerja berfikiran secara lebih positif dalam menyelesaikan masalah dalam organisasi tersebut.
Hujah ketiga, kemahiran keusahawanan. Kebanyakan syarikat mahupun organisasi melakukan transaksi perniagaan dalam setiap pelosok. Hal ini termasuklah menjual perkhidmatan, produk, barangan dan sebagainya. Majikan suka mencari para pekerja yang mempunyai inovasi yang tinggi sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Perkara asas sudah memadai untuk meyakinkan para majikan terhadap matlamat kita.
Kesimpulannya, kemahiran mecerminkan keperibadian kerana kita dapat melihat kesungguhan dalam mencari pekerjaan, kesanggupan menguasai kemahiran, kesediaan memperbaiki kelemahan serta keupayaan meningkaktkan prestasi ke arah lebih gemilang.

KEMAHIRAN YANG PERLU DIMILIKI SEBELUM MEMASUKI ALAM KERJAYA


Kemahiran selain ijazah dan ilmu dalam universiti yang dapat memberi nilai tambah dalam usaha kita mempersiapkan diri memasuki alam kerjaya.
Persediaannya ialah saya perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Sebagai seorang pelajar, kita perlu mempunyai nilai-nilai yang signifikan ini  untuk berjaya dalam kerjaya yang mencabar dan berisiko pada masa hadapan.
Inovatif adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Hal ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan mengubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran.
Kesimpulannya, persediaan  inilah yang wajar saya lakukan sebagai prasyarat untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan saya nanti. Oleh itu, saya perlulah menitikberatkan kemajuan diri saya dalam semua aspek sama ada dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Sumber: anelyza.blogspot.com

SIKAP ORANG JEPUN YANG PATUT DICONTOHI


Bercerita tentang warga Jepun atau orang Jepun, sudah tentu pihak umum mengetahui bahawa kebanyakan daripada mereka bukan beragama Islam. Namun, di sebalik itu terdapat pelbagai etika dan kualiti yang terpuji yang sepatutnya dipelopori oleh orang Islam. Etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji itu seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dahulu mendahului bangsa-bangsa lain di dunia dalam pelbagai ilmu dunia dan akhirat.
Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempolopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang.
Sifat dan sikap yang terpuji ini adalah termasuk menepati masa. Hal ini merupakan satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan.
Kesimpulannya, sifat menepati masa yang ditunjukkan oleh orang Jepun adalah berlandaskan ciri-ciri Islam. Sifat dan sikap yang ditunjukkan mereka amat sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Sumber: panduanpercuma.info

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Syukur ke Hadrat Ilahi..Tahun ini kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Awal Tahun Hijrah. Semoga setiap amalan kita diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah. Amin.



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.